Kursus Portal Produk Sarawak

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018 yang lalu, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dengan kerjasama Pusat Internet Kg. Lambir telah mengadakan kursus Portal Produk Sarawak yang bertempat di PI Kg. Lambir.

Kursus ini diadakan untuk memperkenalkan para peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan kecil, mengenai portal Produk Sarawak. Portal ini dibuat khas untuk membantu para usahawan kecil khususnya usahawan-usahawan Sarawak yang menjual produk sendiri.

Para peserta juga didedahkan dengan kelebihan menggunakan portal tersebut di samping perkongsian tips perusahaan atas talian serta tips asas “Copywriting”. Kursus ini juga akan dirancang untuk diadakan dengan lebih kerap lagi di masa akan datang.

Selain itu, taklimat dan perkongsian Klik Dengan Bijak turut diselitkan semasa kursus itu berlangsung untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai cara penggunaan internet yang baik.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali